Sunday, 25 November 2012

Cara-cara Membuat Ayam Pansuh





PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG)
KELOLAAN PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN.
UNIVERSITY SAINS MALAYSIA,
AMBILAN FEBRUARI 2012,SIDANG AKADEMIK 2012/2013


KPD 3026
Pengajaran Teknologi dan Penafsiran 2
TUGUSAN KUMPULAN: 4 Orang

Garing Anak Sabo                                                    Dunstan anak Gudan
No. Matrik: PPG/32190/12                                         No. Matrik: PPG/32157/12
e-mail: garing_sabo@yahoo.com                              e-mail: dunstangudan@gmail.co

Jessicca Anak Gereman                                          Liah anak Tel
No. Matrik: PPG/32251/12                                         No. Matrik: PPG/32307/12
e-mail: jessiccagereman@gmail.com                      e-mail: floliah@gmail.com

Tajuk Tugasan: Cara-cara Membuat Ayam Pansuh
Bahan-bahan: Buluh, daging ayam, serai, halia, bawang merah, bawang putih, pucuk daun      ubi garam secukup rasa,perisa aji no moto dan sedikit air.

Langkah 1. Memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat ayam Pansuh. (rujuk kepada bahan di atas).
(Oleh - Pn Jessicca)

Langkah 2. Menerangkan proses membuat bahan-bahan yang digunakan. Memotong daging ayam mengikut citarasa yang digemari. Kemudian tumbuk serai, halia, bawang merah, bawang putih dan tepus. Satu per satu sehingga lumat. Seterusnya pulus pucuk daun ubi sehingga lembut.
(Oleh - En Dunstan)

Langkah 3. Menerangkan proses mengaul atau mencampur kesemua ramuan yang telah disediakan tadi sebelum dimasukan ke dalam buluh. Ayam yang telah dipotong tadi di gaul sama rata dengan ramuan yang telah ditumbuk tadi. Letak sedikit garam dan aji no moto secukup rasa. Lepas itu tuangkan sedikit air, gaul semula dan masukkan ke dalam buluh yang telah disediakan.
(Oleh - Pn Liah)

Langkah 4. Proses membakar ayam pansuh. Buluh ynag telah siap di isi dengan ayam tadi di bakar di atas bara api sehingga masak. Setelah ayam itu masak, tuangkan kedalam basin atau mangkuk besar dan boleh di hidang.
(Oleh - Encik Garing)

Story Board
Ahli Kumpulan
Dari Kiri ke Kanan: Pn. Jessicca. Pn. Liah. Encik Dunstan. Encik Garing
1. Ringkasan tentang Ayam Pansuh (Oleh - En Dunstan)
En. Dunstan menerangkan aktiviti yang kumpulan kami buat untuk kerja kumpulan ialah ayam pansuh. Di mana dia menerangkan yang ayam pansuh ini adalah masakan tradisional orang bidayuh terutama sekali musim perayaan pada zaman dulu. Sekarang tidak lagi sebab ada kedai menjual masakan ayam pansuh di kedai makan orang Bidayuh atau Iban di negeri Sarawak.

2. Langkah - langkah membuat Ayam Pansuh
(i) Bahan - bahan yang diperlu (Oleh - Pn Jessicca)                                  
 Halia
Serai

Bawang Merah

Garam dan Serbuk Perasa

Tepus (herba hutan)

 Bawang Putih
Daun Ubi Kayu

Ayam Tua

Buluh

Langkah 3. Menumbuk bahan - bahan atau rempah ratus. Rempah ratus atau bahan-bahan yang di tumbuk hendaklah halus dan pucuk ubi yang di pulas hendaklah dalam bentuk halus.
Langkah 4. Proses mengaul bahan dengan ayam yang telah di potong. Masukan ayam itu ke dalam buluh.

Langkah 5. Proses membakar ayam dalam buluh (Oleh - En Garing)

Hasil kerja ayam pansuh yang sudah masak.

        
Video Cara-cara Membuat Ayam Pansuh





No comments:

Post a Comment